Sunday, February 21, 2010

pengucapan awam



Semua orang akan menghadapi pengucapan awam dalam hidup mereka. Tidak kiralah mereka dalam situasi berkomunikasi dengan jenis kelompok manusia dari pelbagai peringkat. Mungkin ilmu ini dapat membantu anda dalam pengucapan awam bakal anda hadapi kelak. Pengucapan awam adalah satu interaksi penghantaran mesej antara seorang pengucap dan sekumpulan pendengar. Menurut Connoly, J.E (1974), pengucapan awam merupakan satu komunikasi yang boleh membuai pendengar ke alam yang ditentukan oleh penutur.

Kepentingan pengucapan awam:
  • menjelaskan isi 
  • melancarkan kempen
  • membentuk kredibiliti
  • mempengaruhi undi
  • membetulkan salah faham
  • memotivasikan orang lain
  • mewujudkan publisiti
  • mempertingkatkan imej diri
  • membentuk personaliti
  • menambah pelanggan
  • membentuk perhatian yang khusus
  • menenteramkan orang yang marah

Tujuan pengucapan awam:

  1. memberi maklumat - pengucap bertujuan untuk memberitahu @ menerangkan kepada pendengar tentang sesuatu konsep, perkara, proses, fenomena, idea dan sebagainya.
  2. memujuk - pengucap merayu @ cuba mempengaruhi pendengar untuk menghasilkan perubahan dari segi sikap, kepercayaan dan tindakan. (sering digunakan oleh ahli politik, jurujual, peguam, pendakwah).
  3. menghibur - untuk pendengar berasa seronok dan selalunya di majlis keraian. Pengucap sering kali membawa audiens ke situasi dan kenyataan yang melucukan.
Jenis ucapan:
  1. ucapan impromptu - spontan, tiada sebarang persediaan khusus. Sering menyentuh perkara lalu, isu2 semasa dan harapan/ ramalan untuk masa hadapan.
  2. ucapan yang dihafal - teks yang lengkap disiapkan dahulu. Pengucapkan akan menghafal keseluruhan teks ucapan. Perlu mempunyai daya ingatan yang kuat.
  3. ucapan yang dibaca daripada teks - ucapan lebih kepada pembacaan sebuah manuskrip@teks. Perlu ada data@fakta yang mustahak dan perlu dibacakan. Bersifat kaku.
  4. ucapan dengan penuh persediaan (extemporaneous) - gabungan ketiga-tiga jenis ucapan tadi. Pengucap akan menghafal bahagian-bahagian tertentu ucapan. Banyak disampaikan secara impromtu.

Sifat-sifat pengucap yang berkesan:



    1. berpengetahuan
    2. berkemahiran berucap
    3. berkeyakinan
    4. berkeperibadian dan berperawakan baik
    Prinsip asas pengucapan awam: -Aristotle (1954) dalam bukunya iaitu 'The Rhetoric' menyebut bahawa telah mengariskan 5 prinsip asas pengucapan awam.
    1. pengumpulan- mengumpul maklumat. Maklumat tersebut membentuk isi. Boleh di perolehi dari pembacaan, perbincangan, pemerhatian, menghadiri majlis ilmu dan sbg.
    2. penyusunan- maklumat dikumpul dan di susun supaya mudah di ikuti oleh audiens. Mesti jelas dari segi pengenalan, badan dan penutup.
    3. penguasaan- pengucap hendaklah menguasai isi bicaranya. Bukan menghafal tetapi memahami apa yang akan di perkatakan nanti.
    4. gaya bahasa- menggunakan bahasa audiens. Elakkan penggunaan isitilah yang sukar dan terlalu teknikal untuk di fahami. Jika di perlukan, memberikan maksud yang mudah di fahami audiens.
    5. penyampaian- gaya penyampaian penting kerana audiens melihat kita dengan jelas. Penyampaina merangkumi pengawalan suara, bahasa badan (gerakan tangan dan mimik muka), penampilan diri dan alat bantu digunakan.
    Panduan pengucapan yang berkesan:
    1. menangani kegugupan
    2. menganalisis audiens, majlis dan diri sendiri
    3. mengumpul idea dan maklumat
    4. mengatur bahan pengucapan
    5. merancang pengenalan ucapan
    6. membuat latihan berucap
    7. menyampaikan ucapan

    Selamat berjaya, anda mungkin menjadi salah seorang pengucap awam yang hebat pada masa hadapan. amin..

    1 comment: