Wednesday, February 24, 2010

JERAT CINTA SEBERANG

Rentetan peristiwa ‘pelakon kahwin lari pulang’ lalu menyebabkan saya berfikir sejenak. Tanpa persetujuan ibu bapa, anak remaja kini berani membuat tindakan melarikan diri bersama kekasih hati. Inikah di namakan cinta? Zaman remaja memang indah dengan cinta monyet. Tetapi tindakan drastik seumpama ini membuat keputusan tanpa usul periksa membawa padah kepada kita.

Sudahkah remaja ini berfikir semasak-masaknya tentang perihal perkahwinan. Sehinggakan sanggup meninggalkan keluarga yang tercinta begitu sahaja untuk bersama kekasih hati. Kita berkahwin bukan untuk sehari dua. Memilih pasangan hidup biarlah yang mampu menerima kita dengan seadanya. Perihal kahwin bukanlah satu permainan tetapi caturan hidup kita sepanjang hayat.
Ibu bapa seharusnya sedar akan perubahan anak mereka di samping selalu meluangkan masa bersama. Mungkin mereka kesunyian dan mencari teman untuk meluahkan rasa. Natijahnya, jejaka seberang yang mengambil kesempatan ke atas mereka dengan janji manis cinta. Akhirnya, di bawa pulang ke seberang remaja kita.

Menghindarkan diri dengan pergaulan bebas adalah perlu dan lebih berfaedah sekiranya remaja menceburkan diri dalam aktiviti yang sihat contohnya bersukan dan kerja amal. Remaja haruslah bijak memilih jalan hidup mereka samada gagal atau kecundang.

No comments:

Post a Comment