Wednesday, February 24, 2010

KEBEBASAN MUTLAK MEDIA BARU MEMBAWA BENCANA KEPADA KEHARMONIAN SOSIAL DALAM PERSPEKTIF MALAYSIA


KEBEBASAN MUTLAK MEDIA BARU MEMBAWA BENCANA KEPADA KEHARMONIAN SOSIAL DALAM PERSPEKTIF MALAYSIA
Kita sememangnya tidak dapat menyangkal peranan media baru kepada rakyat Malaysia dalam menyampaikan pengetahuan dan informasi. Penggunaan media baru di Malaysia semakin berganda dari sehari ke hari yang melibatkan masyarakat tanpa had umur. Penggunaan Youtube seumpanya, menyediakan maklumat tanpa batasan kepada rakyat Malaysia.
Menurut Dr. Abu Hassan, Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media, Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya, dalam kajiannya menyatakan rakyat Malaysia hanya 8% atau 3 buah buku sahaja di baca dalam setahun. Sejak Youtube di perkenalkan, barulah rakyat mengenal apa itu Astovia dan Slovakia. Ini menunjukkan dengan bukan pembacaan kita dapat meningkatkan pengetahuan, tetapi melalui pemerhatian dan pengalaman juga.
Media baru, tidak keterlaluan sekiranya saya katakan bahawa kebebasan dalam media ini sememangnya membawa bencana dalam keharmonian negara. Malaysia sememangnya negara yang mempunyai peratusan kecil dalam memberikan kebebasan kepada medianya berbanding negara-negara yang lain. Kebebasan yang di berikan mungkin lebih banyak membawa keburukan berbanding kebaikan.
Kebebasan dalam menyuarakan pandangan, pendapat, berita dan informasi melalui media lagi mengeruhkan keadaan. Lihat sahajalah perselisihan pendapat suatu ketika antara Malaysia dan Indonesia yang mungkin mengeruhkan lagi suasana sekiranya tidak di bendung.
Perkara ini di akui Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd, Datuk Mior Kamarul Shahid, yang menyatakan media di Indonesia bebas menulis apa saja berita berbanding Malaysia yang mempunyai batasan, mementingkan kesesuaian dengan tanggungjawab dan etika kewartawanan. Katanya, hubungan antara kerajaan kedua-dua negara tiada masalah, tetapi tidak kepada rakyatnya.
Mereka yang tidak bertanggungjawab menggunakan peluang ini untuk mengeksploitasikan informasi. Ramai di antara kita yang lebih percayakan blog, kiriman email, khidmat pesanan ringkas dan video berbanding laporan media tradisional yang sememangnya sahih dalam mewartakan berita.
Sejauh manakah kebebasan yang di berikan kepada media baru digunakan dengan berhemah? Tangan manusia yang tidak bertanggungjawab mengekploitasikan kebebasan media baru menyebabkan kebebasan ini terbatas.
Menurut Profesor Jabatan Pengajian Media, UM, Prof Madya Datin Dr Hasmah Zanuddin pula menyifatkan kehadiran media baru seperti blog juga menjadi medium yang lebih terbuka kepada generasi muda untuk meluahkan apa saja pandangan tanpa batasan kesopanan.
Mutakhir ini, pelbagai kes yang berlaku melibatkan penyalahgunaan media baru terlibat. Luahan pandangan seorang pelajar ASWARA menggunakan khidmat laman sesawang (Facebook) yang di dakwa mengandungi isu sensitif melibatkan perkara ini di akhiri dengan pengadilan mahkamah. Penulis blog Adukataruna disabitkan kesalahan kerana menghina Institusi Kesultanan Johor dan rakyat Johor juga menerima padahnya. Kes penulisan Raja Petra juga di katakan menggangu gugat keamanan negara.
Penggunaan media baru tanpa batas kadang kala membimbangkan sesetengah pihak. Maklumat, berita, informasi, laporan, cacatan dan hasil karya seseorang di dalam media baru boleh di ubah dengan sewenangnya. Blog, contohnya, boleh di miliki oleh sesiapa sahaja dalam meluahkan pandangan selagi mereka tahu menggunakannya.
Namun begitu, usaha untuk mengekang kebebasan media baru perlu. Kerajaan telah menubuhkan akta-akta yang berkaitan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Komunikasi dan Multimedia (1998), Akta Penerbitan dan Mesin Cetak dan sebagainya membantu dalam usaha mengurangkan penyalahgunaan media baru.
Kebebasan media baru turut di jadikan ‘senjata pemusnah’ oleh pihak tidak bertanggungjawab dalam merosakkan keharmonian negara dan kestabilan politik. Segelintir media dan penulis alam siber yang mengenepikan etika dan undang-undang dalam menulis berita. Tindakan terlampau ini oleh pengguna internet dan penulis blog menggunakan medan ini dengan mengeluarkan kata-kata fitnah, mencaki maki, hasutan, dan memburuk-burukkan orang lain sehinggakan melibatkan pemimpin negara dan kerajaan.
Akibatnya, atas nama kebebasan media baru juga, menyebabkan orang awam keliru dan dengan fitnah dan hasutan mereka. Media memainkan peranan fungsi penting dalam melaporkan berita dan bukannya mengeruhkan lagi keadaan. Perkara ini perlu di pandang serius oleh pihak yang bertanggungjawab. Dalam krisis ekonomi melanda kini, media diminta untuk membantu kerajaan mengemukan cadangan konkrit memajukan negara bukannya menambahkan kekusutan dan masalah. Tuntasnya, media baru harus di kawal kebebasannya dalam menjaga keharmonian negara. 

No comments:

Post a Comment