Menonton filem di pawangan memang menarik. Bagi aku jalan cerita bertambah menarik dengan segala macam sound system yang sedia ada. Petang itu, berteman dengan seorang kawan, melangkah pintu masuk sebuah panggung di ibu kota. Lantas melihat papan elektronik bergerak memaparkan filem yang di tayangkan. Ramai betul pengunjung, hari minggu. Kebiasaan warga kota untuk meluangkan masa terluang bersama kawan dan keluarga. Filem melayu? mmm...aku bertanya kepada kawan. Dia menjuihkan bibir tanda tidak puas hati. Lantas aku terus membayar harga tiket. Jangan banyak soal, sebab aku yang belanja hari ini. Filem "Adnan sempit" jadi pilihan, ramai kawan-kawan aku mengatakan filem ini memang ok.
Masuk sahaja di panggung, ramai. Penuh kerusi wayang dengan penonton. Permulaan cerita filem ini, memang tidak 'ngatuk'. Orang kata, permulaan itu penting untuk menarik minat penonton mengetahui selanjutnya. Tidak kering gusi aku dan kawan ketawa. Sehingga popcorn di mulutnya terhambur bila ketawa. Fuhh...nasib tidak tekena orang depan. Mahu aku dan kawan di halau keluar. hahaha...
Jalan cerita mungkin biasa, tetapi garapan cerita yang di tambah lakonan berbakat menjadikan cerita ini semakin menarik. Lakonan mantap dari pelawak baru seperti angah dan along (Raja Lawak) menjadikan cerita ini tidak bosan di tonton. Lakonan kaku?? oh tidak, semua hebat-hebat belaka. Watak jahat lakonan mat rempit juga menjadi, seakan-akan aku mahu saja melempar cawan air pepsi ke mukanya. haha...
Filem melayu?? Dari mata pandanganku, Adnan Sempit memang mengandungi moral tersendiri. Bukan semua yang menunggang motosikal adalah mat rempit. Termasuk aku la. Setiap orang ada prinsip hidup, berusaha adalah penting untuk mengecapi kejayaan. Bukan semua filem melayu 'bosan', setiap filem mengandungi mesej tersendiri. Penonton tahu menilai baik dan buruk sesebuah filem itu sendiri. Syabas aku tujukan, kepada filem Adnan Sempit kerana mengubah persepsi kawan aku terhadap filem negara. harapan mendatang, ramai anak negara dapat menghasilkan filem yang bermutu dan mengandungi moral-moral kehidupan untuk penonton...:P
No comments:
Post a Comment