Wednesday, August 25, 2010

Biskut Raya 2010

sedia menerima tempahan utk hari raya ini....sekitar shah alam, kluang, simpang rengam dan paloh...
kos penghantaran tidak termasuk...

chocolate chip...

  • Harga: RM 10.00
  • Kuantiti: 1 botol
  • Home Made



Hazel Nut Ball
  • Harga: RM 22
  • Kuantiti: 48 biji
  • Home Made 

 Chocolate Kuoci

  • Harga: RM 22
  • Kuantiti: 48 biji 
  • Home Made 
 Chest Nut Chocolate

  • Harga: RM 22
  • Kuantiti: 48 biji 
  • Home made

Sesiapa yng berminat, boleh m'hubungi sye...
019-7977080 (esya)
tempahan awal shj d terima...


Tuesday, August 10, 2010

Upah Jahit Manik dan Kuih Raya Sedap...

a'skum...
salam ramadhan kpd semua. Baru nie  la aku de kesempatan nk update blog. Anyway, sempena ramadhan yang penuh keberkatan nie, ramai member kt luar sne mencari rezeki lebihkan? Jual d bazar ramadhan la, amik upah cat umah la...hehehe!! xpe, rezeki halal beb..
aku pun de sesuatu khas utk korang... aku pun berniaga jgk...

UPAH JAHIT MANIK....
  • Xberseri kalo baju raye korang xde manik2 kn??
  • upah jahit manik b'gantung kpd design 
  • manik dr korea n jepun shj kita gunakan, so xperlu risau kalo basuh, xdenye tukar kaler...
  • jahitan kemas...tukang jahit yng berpengalaman...
  • kami amil juga jahit manik baju pengantin...

KUIH RAYA SEDAP
  • homemade kay, kuih yang sedap n berkualiti sahaja terpilih...
  • sedap d mkn seisi keluarga...
  • penghantaran sekitar shah alam n KL di sediakan...
  • buat tempahan awal..

Contact us: 
esya jamaluddin, 019-7977080
*p/s= aku blum upload gmbo 4 korang...sbb busy, ape2hal just contact me kay..
gmbo, coming soon akn aku upload utk korang...

Saturday, April 17, 2010

bakat baru

salam,
Lama aku tidak menulis dan update blog nie. Baru lepas 'minggu sibuk' aku..lega rasenye...malam nie xpergi mane..aku lepak je kat rumah. Hujan, malas rasenya nak gerak mane2...menonoton tv sahaja. Malam nie aku, menonton AF8 minggu kelima. Memang ok, best..aku rase xde yang kurang. Persaingan memang sengit. Semua pelajar AF kali ini memang cukup berbakat.. lagi2 Shahir, membawakan lagu Ziana Zain versi lelaki beb.. memang 'gerek'..Aku ingat dia sekadar ade rupa sahaja, tetapi vokalnya sekarang memang mantap. Vokal dia, untuk konsert minggu nie memang meletop. 

Meskipun, dia bawa lagu Ziana Zain, tapi Shahir memang power. Adira, peserta perempuan yang ini, memang aku ikuti perkembangannya. Memang merdu. Walaupun dia bawa lagu melayu klasik, tetap unggul la. Bak kata orang, memang suara dah merdu, xde hal la..Iwan pun cukup mantap.. Munggu nie dia dah sedar dari 'mimpi'..Not bad, persembahan anda memang hebat. 

Setakat ini, aku lihat berpotensi besar nak menang, memang ramai..kalau aku jdik juri pun, letih nak pilih..antara Iwan, Maulana, Adira memang berentap hebat..aku harap dengan adenya bakat baru nie, m'warnai dunia hiburan tanah air. Maksud aku, bukan dengan penuh gosip..tetapi pencapaian sehingga peringkat antaranbangsa.. For all pelajar AF8, korang memang best. Gud luck for all of you...

Wednesday, February 24, 2010

JERAT CINTA SEBERANG

Rentetan peristiwa ‘pelakon kahwin lari pulang’ lalu menyebabkan saya berfikir sejenak. Tanpa persetujuan ibu bapa, anak remaja kini berani membuat tindakan melarikan diri bersama kekasih hati. Inikah di namakan cinta? Zaman remaja memang indah dengan cinta monyet. Tetapi tindakan drastik seumpama ini membuat keputusan tanpa usul periksa membawa padah kepada kita.

Sudahkah remaja ini berfikir semasak-masaknya tentang perihal perkahwinan. Sehinggakan sanggup meninggalkan keluarga yang tercinta begitu sahaja untuk bersama kekasih hati. Kita berkahwin bukan untuk sehari dua. Memilih pasangan hidup biarlah yang mampu menerima kita dengan seadanya. Perihal kahwin bukanlah satu permainan tetapi caturan hidup kita sepanjang hayat.
Ibu bapa seharusnya sedar akan perubahan anak mereka di samping selalu meluangkan masa bersama. Mungkin mereka kesunyian dan mencari teman untuk meluahkan rasa. Natijahnya, jejaka seberang yang mengambil kesempatan ke atas mereka dengan janji manis cinta. Akhirnya, di bawa pulang ke seberang remaja kita.

Menghindarkan diri dengan pergaulan bebas adalah perlu dan lebih berfaedah sekiranya remaja menceburkan diri dalam aktiviti yang sihat contohnya bersukan dan kerja amal. Remaja haruslah bijak memilih jalan hidup mereka samada gagal atau kecundang.

KEBEBASAN MUTLAK MEDIA BARU MEMBAWA BENCANA KEPADA KEHARMONIAN SOSIAL DALAM PERSPEKTIF MALAYSIA


KEBEBASAN MUTLAK MEDIA BARU MEMBAWA BENCANA KEPADA KEHARMONIAN SOSIAL DALAM PERSPEKTIF MALAYSIA
Kita sememangnya tidak dapat menyangkal peranan media baru kepada rakyat Malaysia dalam menyampaikan pengetahuan dan informasi. Penggunaan media baru di Malaysia semakin berganda dari sehari ke hari yang melibatkan masyarakat tanpa had umur. Penggunaan Youtube seumpanya, menyediakan maklumat tanpa batasan kepada rakyat Malaysia.
Menurut Dr. Abu Hassan, Pensyarah Kanan Jabatan Pengajian Media, Fakulti Sastera dan Sains Sosial Universiti Malaya, dalam kajiannya menyatakan rakyat Malaysia hanya 8% atau 3 buah buku sahaja di baca dalam setahun. Sejak Youtube di perkenalkan, barulah rakyat mengenal apa itu Astovia dan Slovakia. Ini menunjukkan dengan bukan pembacaan kita dapat meningkatkan pengetahuan, tetapi melalui pemerhatian dan pengalaman juga.
Media baru, tidak keterlaluan sekiranya saya katakan bahawa kebebasan dalam media ini sememangnya membawa bencana dalam keharmonian negara. Malaysia sememangnya negara yang mempunyai peratusan kecil dalam memberikan kebebasan kepada medianya berbanding negara-negara yang lain. Kebebasan yang di berikan mungkin lebih banyak membawa keburukan berbanding kebaikan.
Kebebasan dalam menyuarakan pandangan, pendapat, berita dan informasi melalui media lagi mengeruhkan keadaan. Lihat sahajalah perselisihan pendapat suatu ketika antara Malaysia dan Indonesia yang mungkin mengeruhkan lagi suasana sekiranya tidak di bendung.
Perkara ini di akui Pengarang Kumpulan Berita Harian Sdn Bhd, Datuk Mior Kamarul Shahid, yang menyatakan media di Indonesia bebas menulis apa saja berita berbanding Malaysia yang mempunyai batasan, mementingkan kesesuaian dengan tanggungjawab dan etika kewartawanan. Katanya, hubungan antara kerajaan kedua-dua negara tiada masalah, tetapi tidak kepada rakyatnya.
Mereka yang tidak bertanggungjawab menggunakan peluang ini untuk mengeksploitasikan informasi. Ramai di antara kita yang lebih percayakan blog, kiriman email, khidmat pesanan ringkas dan video berbanding laporan media tradisional yang sememangnya sahih dalam mewartakan berita.
Sejauh manakah kebebasan yang di berikan kepada media baru digunakan dengan berhemah? Tangan manusia yang tidak bertanggungjawab mengekploitasikan kebebasan media baru menyebabkan kebebasan ini terbatas.
Menurut Profesor Jabatan Pengajian Media, UM, Prof Madya Datin Dr Hasmah Zanuddin pula menyifatkan kehadiran media baru seperti blog juga menjadi medium yang lebih terbuka kepada generasi muda untuk meluahkan apa saja pandangan tanpa batasan kesopanan.
Mutakhir ini, pelbagai kes yang berlaku melibatkan penyalahgunaan media baru terlibat. Luahan pandangan seorang pelajar ASWARA menggunakan khidmat laman sesawang (Facebook) yang di dakwa mengandungi isu sensitif melibatkan perkara ini di akhiri dengan pengadilan mahkamah. Penulis blog Adukataruna disabitkan kesalahan kerana menghina Institusi Kesultanan Johor dan rakyat Johor juga menerima padahnya. Kes penulisan Raja Petra juga di katakan menggangu gugat keamanan negara.
Penggunaan media baru tanpa batas kadang kala membimbangkan sesetengah pihak. Maklumat, berita, informasi, laporan, cacatan dan hasil karya seseorang di dalam media baru boleh di ubah dengan sewenangnya. Blog, contohnya, boleh di miliki oleh sesiapa sahaja dalam meluahkan pandangan selagi mereka tahu menggunakannya.
Namun begitu, usaha untuk mengekang kebebasan media baru perlu. Kerajaan telah menubuhkan akta-akta yang berkaitan seperti Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), Akta Komunikasi dan Multimedia (1998), Akta Penerbitan dan Mesin Cetak dan sebagainya membantu dalam usaha mengurangkan penyalahgunaan media baru.
Kebebasan media baru turut di jadikan ‘senjata pemusnah’ oleh pihak tidak bertanggungjawab dalam merosakkan keharmonian negara dan kestabilan politik. Segelintir media dan penulis alam siber yang mengenepikan etika dan undang-undang dalam menulis berita. Tindakan terlampau ini oleh pengguna internet dan penulis blog menggunakan medan ini dengan mengeluarkan kata-kata fitnah, mencaki maki, hasutan, dan memburuk-burukkan orang lain sehinggakan melibatkan pemimpin negara dan kerajaan.
Akibatnya, atas nama kebebasan media baru juga, menyebabkan orang awam keliru dan dengan fitnah dan hasutan mereka. Media memainkan peranan fungsi penting dalam melaporkan berita dan bukannya mengeruhkan lagi keadaan. Perkara ini perlu di pandang serius oleh pihak yang bertanggungjawab. Dalam krisis ekonomi melanda kini, media diminta untuk membantu kerajaan mengemukan cadangan konkrit memajukan negara bukannya menambahkan kekusutan dan masalah. Tuntasnya, media baru harus di kawal kebebasannya dalam menjaga keharmonian negara. 

Sunday, February 21, 2010

pengucapan awam



Semua orang akan menghadapi pengucapan awam dalam hidup mereka. Tidak kiralah mereka dalam situasi berkomunikasi dengan jenis kelompok manusia dari pelbagai peringkat. Mungkin ilmu ini dapat membantu anda dalam pengucapan awam bakal anda hadapi kelak. Pengucapan awam adalah satu interaksi penghantaran mesej antara seorang pengucap dan sekumpulan pendengar. Menurut Connoly, J.E (1974), pengucapan awam merupakan satu komunikasi yang boleh membuai pendengar ke alam yang ditentukan oleh penutur.

Kepentingan pengucapan awam:
  • menjelaskan isi 
  • melancarkan kempen
  • membentuk kredibiliti
  • mempengaruhi undi
  • membetulkan salah faham
  • memotivasikan orang lain
  • mewujudkan publisiti
  • mempertingkatkan imej diri
  • membentuk personaliti
  • menambah pelanggan
  • membentuk perhatian yang khusus
  • menenteramkan orang yang marah

Tujuan pengucapan awam:

  1. memberi maklumat - pengucap bertujuan untuk memberitahu @ menerangkan kepada pendengar tentang sesuatu konsep, perkara, proses, fenomena, idea dan sebagainya.
  2. memujuk - pengucap merayu @ cuba mempengaruhi pendengar untuk menghasilkan perubahan dari segi sikap, kepercayaan dan tindakan. (sering digunakan oleh ahli politik, jurujual, peguam, pendakwah).
  3. menghibur - untuk pendengar berasa seronok dan selalunya di majlis keraian. Pengucap sering kali membawa audiens ke situasi dan kenyataan yang melucukan.
Jenis ucapan:
  1. ucapan impromptu - spontan, tiada sebarang persediaan khusus. Sering menyentuh perkara lalu, isu2 semasa dan harapan/ ramalan untuk masa hadapan.
  2. ucapan yang dihafal - teks yang lengkap disiapkan dahulu. Pengucapkan akan menghafal keseluruhan teks ucapan. Perlu mempunyai daya ingatan yang kuat.
  3. ucapan yang dibaca daripada teks - ucapan lebih kepada pembacaan sebuah manuskrip@teks. Perlu ada data@fakta yang mustahak dan perlu dibacakan. Bersifat kaku.
  4. ucapan dengan penuh persediaan (extemporaneous) - gabungan ketiga-tiga jenis ucapan tadi. Pengucap akan menghafal bahagian-bahagian tertentu ucapan. Banyak disampaikan secara impromtu.

Sifat-sifat pengucap yang berkesan:



    1. berpengetahuan
    2. berkemahiran berucap
    3. berkeyakinan
    4. berkeperibadian dan berperawakan baik
    Prinsip asas pengucapan awam: -Aristotle (1954) dalam bukunya iaitu 'The Rhetoric' menyebut bahawa telah mengariskan 5 prinsip asas pengucapan awam.
    1. pengumpulan- mengumpul maklumat. Maklumat tersebut membentuk isi. Boleh di perolehi dari pembacaan, perbincangan, pemerhatian, menghadiri majlis ilmu dan sbg.
    2. penyusunan- maklumat dikumpul dan di susun supaya mudah di ikuti oleh audiens. Mesti jelas dari segi pengenalan, badan dan penutup.
    3. penguasaan- pengucap hendaklah menguasai isi bicaranya. Bukan menghafal tetapi memahami apa yang akan di perkatakan nanti.
    4. gaya bahasa- menggunakan bahasa audiens. Elakkan penggunaan isitilah yang sukar dan terlalu teknikal untuk di fahami. Jika di perlukan, memberikan maksud yang mudah di fahami audiens.
    5. penyampaian- gaya penyampaian penting kerana audiens melihat kita dengan jelas. Penyampaina merangkumi pengawalan suara, bahasa badan (gerakan tangan dan mimik muka), penampilan diri dan alat bantu digunakan.
    Panduan pengucapan yang berkesan:
    1. menangani kegugupan
    2. menganalisis audiens, majlis dan diri sendiri
    3. mengumpul idea dan maklumat
    4. mengatur bahan pengucapan
    5. merancang pengenalan ucapan
    6. membuat latihan berucap
    7. menyampaikan ucapan

    Selamat berjaya, anda mungkin menjadi salah seorang pengucap awam yang hebat pada masa hadapan. amin..

    anugerah ilahi...

    Anak...anugerah ilahi yang ternilai harganya. Setiap pasangan mengimpikan anak yang membawakan kebahagian kepada mereka. Tetapi segelintir manusia yang kejam, menghalalkan cara melakukan hubungan seks yang haram di sisi agama. Benih yang terhasil, membawa bebanan kepada mereka. Adakah anak kecil itu patut di salahkan? Mereka tidak mengerti tentang kehidupan lantas di jadikan mangsa.

    Lihat sahajalah di dada akhbar yang saban hari menyiarkan kes pembuagan bayi secara kejam. Memang tidak berhati perut mereka yang melakukan perkara ini. Baru-baru ini di Kuala Krai, Kelantan. Mayat bayi yang di bakar sehingga separuh badan rentung dalam tong sampah. Hinakah mereka sehingga di layan sebegini rupa? Sanggupkah manusia yang waras akal fikirannya melakukan perkara sedemikin?


    Tuesday, February 16, 2010

    Filem melayu


    Menonton filem di pawangan memang menarik. Bagi aku jalan cerita bertambah menarik dengan segala macam sound system yang sedia ada. Petang itu, berteman dengan seorang kawan, melangkah pintu masuk sebuah panggung di ibu kota. Lantas melihat papan elektronik bergerak memaparkan filem yang di tayangkan. Ramai betul pengunjung, hari minggu. Kebiasaan warga kota untuk meluangkan masa terluang bersama kawan dan keluarga. Filem melayu? mmm...aku bertanya kepada kawan. Dia menjuihkan bibir tanda tidak puas hati. Lantas aku terus membayar harga tiket. Jangan banyak soal, sebab aku yang belanja hari ini. Filem "Adnan sempit" jadi pilihan, ramai kawan-kawan aku mengatakan filem ini memang ok.

    Masuk sahaja di panggung, ramai. Penuh kerusi wayang dengan penonton. Permulaan cerita filem ini, memang tidak 'ngatuk'. Orang kata, permulaan itu penting untuk menarik minat penonton mengetahui selanjutnya. Tidak kering gusi aku dan kawan ketawa. Sehingga popcorn di mulutnya terhambur bila ketawa. Fuhh...nasib tidak tekena orang depan. Mahu aku dan kawan di halau keluar. hahaha...

    Jalan cerita mungkin biasa, tetapi garapan cerita yang di tambah lakonan berbakat menjadikan cerita ini semakin menarik. Lakonan mantap dari pelawak baru seperti angah dan along (Raja Lawak) menjadikan cerita ini tidak bosan di tonton. Lakonan kaku?? oh tidak, semua hebat-hebat belaka. Watak jahat lakonan mat rempit juga menjadi, seakan-akan aku mahu saja melempar cawan air pepsi ke mukanya. haha...

    Filem melayu?? Dari mata pandanganku, Adnan Sempit memang mengandungi moral tersendiri. Bukan semua yang menunggang motosikal adalah mat rempit. Termasuk aku la. Setiap orang ada prinsip hidup, berusaha adalah penting untuk mengecapi kejayaan. Bukan semua filem melayu 'bosan', setiap filem mengandungi mesej tersendiri. Penonton tahu menilai baik dan buruk sesebuah filem itu sendiri. Syabas aku tujukan, kepada filem Adnan Sempit kerana mengubah persepsi kawan aku terhadap filem negara. harapan mendatang, ramai anak negara dapat menghasilkan filem yang bermutu dan mengandungi moral-moral kehidupan untuk penonton...:P


    Monday, February 1, 2010

    senyumlah....

    senyuM.....

    Senyuman yang manis dr hati yng ikhlas...cuba anda lihat, orang yang selalu tersenyum sering disenangi oleh orang lain. Muka yang murung dan masam sentiasa membuatkan kawan-kawan yang lain risau dan takut untuk menegurnya. Walau apa pun masalah yang di hadapi, senyumlah pengubat segala masalah. Senyuman adalah satu sedekah, bila bersedekah, dapatlah kita pahala. Orang kata, senyuman boleh membuatkan awet muda..betul 2..senyum selalu dapat menggerakkan otat-otot muka kita. Jadi anda perlu senyum walau kita kadang-kadang di rundung dengna segala macam masalah. Seperti kesesakan jalan raya, kerja rumah, karenah anak-anak, dan lain-lain.

    15 fakta untuk anda :


    1. Para saintis mendapati senyum dan ketawa nerupakan satu senaman berbentuk jogging dalaman di mana dapat merangsang seluruh tubuh dan mampu memberi manfaat berguna kepada sistem saraf otak dan juga hormon-hormon.

    2. Pengkaji dan pengamal barat percaya dengan memulakan hari dengan senyuman bukan sahaja berupayamenceriakan hidup anda tetapi memberi banyak kebaikan kepada kesihatan. Apabila kita tersenyum, badan turut 'tersenyum' dan menganggap kita gembira. Kajian menunjukkan senyuman memperlahankan aliran darah yang melalui sinus ke otak.

    3. Apabila darah yang 'sudah sejuk' ini sampai ke hipotalamus (bahagian yang mengawal suhu badan dan emosi) ia menghasilkan kesan 'gembira'. Selain itu, apabila kita tersenyum, kita hanya menggunakan 17 otot
    muka berbanding 43 ketika mengerutkan dahi.
    4. Senyuman bukan sekadar reaksi gerak muka, tetapi turut mempunyai kaitan dengan penghasilan endorphin dalam otak yang mengurangkan kesakitan fizikal dan emosi menjadikan seseorang itu rasa lebih selesa dengan diri sendiri.
    5. Kajian menunjukkan individu yang ketawa 100 kali dalam tempoh 24 jam mendapat manfaat kardiovaskular sama seperti bersenam 10 minit. Hal ini terjadi kerana apabila kita ketawa, tekanan darah dan kadar dengupan
    jantung meningkat. Kemudian kedua-dua kadar ini akan turun iaitu lebih rendah daripada paras sebelum anda ketawa.
    6. Anda juga perlu sedar bahawa kanak-kanak lebih banyak ketawa dari orang dewasa. Kanak-kanak berumur antara empat hingga enam tahun ketawa 400 kali sehari berbanding hanya 15 kali sehari di kalangan orang
    dewasa. Jesteru tidak hairan jika orang dewasa lebih mudah diserang penyakit serta mengalami masalah tekanan dan kemurungan.
    7. Kajian yang dibuat oleh sekumpulan saintis dari Universiti Pusat Perubatan California menjelaskan terdapat dua jenis 'stress' iaitu stress yang baik dan stress yang tidak baik. Senyum dan ketawa dikategorikan
    sebagai stress yang baik. Stress yang tidak baik akan memberi tekanan kepada sistem ketahanan badan.
    8. Dalam kajian di atas, dua kumpulan orang dewasa telah digunakan sebagai eksperimen. Kumpulan pertama dipertontonkan cerita-cerita lucu manakala kumpulan kedua diletakkan disebuah bilik tanpa berbuat apa-apa.
    Sampel darah diambil 10 minit sebelum dan selepas kajian dibuat. Dari keputusan sampel darah tersebut, kumpulan pertama didapati peningkatan hormon semakin baik seperti hormon 'endorphins' dan hormon 'neurotransmitters' dan penurunan tahap hormon stress 'cortisol' dan 'adrenaline' .
    9. Ketika kita ketawa, sel pembunuh tumor dan virus semulajadi dalam badan akan bertambah selaras dengan pertambahan Gamma-inteferon (protein melawan penyakit), sel T (yang penting untuk sistem pertahanan badan) dan sel B (yang menghasilkan antibodi melawan penyakit).

    10. Senyuman juga mampu merendahkan tekanan darah, menambah kemasukan oksigen dalam darah dan ini secara tidak langsung merangsang proses penyembuhan. Banyak kajian terbukti bahawa tekanan emosi seperti
    kemurungan, kemarahan atau keresahan mempunyai kaitan dengan sakit jantung.
    11. Senyuman yang diakhiri dengan ketawa mengaktifkan kimia badan dan secara tidak langsung merendahkan risiko penyakit jantung, tekanan darah tinggi, strok, atritis dan ulser. Pusat Perubatan Universiti Maryland
    menjalankan kajian ke atas 300 responden dan mendapati 40 peratus orang yang mengidap penyakit jantung kurang ketawa berbanding orang yang sihat.
    12. Senyuman dan ketawa antara senaman yang baik kerana ia membabitkan diafragma, abdomen
    , sistem pernafasan, muka, kaki dan otot belakang badan. Ketawa 'mengurut' organ dalam abdomen dan menguatkan otot abdomen, merangsang kedua-dua belah otak dan meningkatkan keupayaan untuk belajar. Ia melegakan ketegangan otot dan tekanan psikologi; membuatkan otak lebih peka serta bersedia menerima maklumat baru.
    13. Ketawa juga dikatakan mampu memperbaiki fungsi usus, sekali gus meningkatkan pencernaan dan penyerapan nutrient dalam badan. Ada juga yang percaya ketawa boleh membakar kalori seperti kita bersenam beberapa minit.
    14. Selain memberi pelbagai kebaikan kepada tubuh, dalam ajaran Islam sendiri mengatakan senyum itu satu sedekah. Senyum mampu menjadi penawar pada penyakit rohani yang kronik. Senyum tidak perlu modal, cuma sekelumit rasa ikhlas yang bisa memaniskan senyuman itu. Senyuman yang dilemparkan mampu menyerikan hari insan lain. Mungkin juga mampu menyejukkan hati yang sedang marah atau mampu juga untuk memulakan sesebuah ikatan.

    kata orang, kurangkan gula dalam minuman, tambahkan manis dalam senyuman.

    Sunday, January 24, 2010

    dunia...

    byk yng kita tidak dpt lihat dgn mata kasar..
    mungkin dgn hati...
    keganasan, bencana alam, penindasan, kemiskinan....
    segala macam yng boleh kita 'lihat'...tetapi kadang-kadang sesetengah pihak 'berat sebelah' dlm memaparkan kebenaran....kadang-kadang kebenaran harus di 'sembunyikan' utk kebaikan kesemua..utk keamanan bangsa kita terpaksa menerima dan bersikap toleransi kpd semua. walaupun kadang2 memang berat utk d telan. apa yang penting hidup aman dan damai, saling menghormati dan sentiasa b'sikap positif. Walaupun kita berlainan bangsa, agama, warna kulit, keturunan, di bawah satu payung Malaysia kita berteduh. Sokonglah 1Malaysia.

    Monday, January 18, 2010

    hai...


    a'skum....
    syukur smuanya sihat...
    akhirnye dpt jgk bt blog nie...hrap sokongan anda m'jadikan sy s'org yng kuat...amin..
    hari yng ceria d + dgn hati yng ikhlas = m'jdikn s'org sentiasa d hargai...dgn harapan saya menjadikan 'mata pandangan' sebagai luahan rasa, pandangan saya terhadap apa yang perlu saya ke utarakan. Mungkin ada yang tidak bertuju dan bersetuju dengan saya. Saya Tidak kisah, semua orang ada persepsi sendiri terhadap sesuatu isu. Hope, semua berpuas hati.
    2 aje bt mlm nie..nite kwn2..